Hot !

10 Landasan Lapangan Terbang Paling Sukar Untuk Mendarat



Landasan lapangan terbang merupakan satu landasan khas bagi kapal terbang untuk mendarat atau berlepas.Setiap kapal terbang mempunyai jarak minimum untuk berlepas dan mendarat dengan selamat.Jadi kebanyakan landasan di seluruh dunia direka bagi memenuhi kriteria setiap model kapal terbang kerana setiap kapal terbang mempunyai spesifikasi pendaratan dan perlepasan berbeza terutamanya dari segi berat dan saiz.



Namun terdapat beberapa landasan lapangan terbang di dunia ini yang dikategorikan sebagai berbahaya untuk kapal terbang biasa mendarat sama ada kerana landasan yang pendek atau kawasan yang kurng sesuai.Hanya juruterbang berpengalaman sahaja dibenarkan mendarat di kawasan ini.



Jika tersilap langkah mungkin ia bakal mengorbankan ratusn nyawa penumpang didalamnya.Ini antara 10 landasan di seluruh dunia yang berisiko kepada kapal terbang untuk mendarat.



1. Lapangan Terbang Toncontin,Honduras





Walaupun terdapat pesawat sebesar Boeing 737 yang berlepas dan mendarat di landasan ini setiap hari,namun ia tetap dikategorikan antara landasan yang berbahaya di dunia.Jarak landasan ini hanya 7000 kaki dan ia terletak di kawasan gunung-ganang.Ia juga mempunyai hanya 1 landasan untuk berlepas dan mendarat meningkatkan lagi risiko kemalangan disini.





2. Agatti Aerodrome,Lakshadweep,India






Landasan ini hanya sepanjang 4000 kaki membuatkan ia tersenarai dalam landasan berbahaya.Pelbagai pihak telah mencadangkan landasan ini dipanjangkan bagi memudahkan proses pendaratan dan perlepasan.Landasan ini disediakan untuk penduduk pulau ini yang berjumlah 39 orang,jika silap percaturan boleh ke laut nampaknya.





3. Gibraltar Airport






Dalam banyak-banyak lapangan terbang,ini yang paling menarik.Satu-satunya lapangan terbang didunia yang berkongsi landasan dengan jalanraya.Setiap kali ada pesawat yang ingin mendarat atau berlepas,kenderaan terpaksa menunggu sehingga pesawat tersebut selesai barulah mereka boleh melalui jalan tersebut.Walaupun kelihatan berbahaya,namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan disini.





4. Kansai International Airport,Japan






Landasan Kansai Airport ini sangat unik kerana ia dibina atas pulau buatan sendiri.Proses menambak laut mengambil masa bertahun-tahun lamanya dan ia juga dinobatkan sebagai lapangan terbang yang mempunyai terminal terpanjang didunia.Lapanagan terbang ini terselamat dari ribut taufan pada tahun 1997 dan masih utuh sehingga kini.Namun terdapat kajian mengatakan ia bakal tenggelam kerana paras air laut yang semakin meningkat.





5. Wellington International Airport, New Zealand






Tak banyak ingin diperkatakan tentang lapangan terbang ini.Namun antara punca ia disenaraikan berbahaya kerana landasannya yang pendek dan angin dari Selat Crook yang sangat kuat menyebabkan proses pendaratan yang sukar.





6. Madeira Airport, Portugal






Ketika dibina dan dilancarkan ia hanyalah sepanjang 5,250 kaki.Selepas berlaku kemalangan di sini yang mengakibatkan pesawat melanggar tembok bukit dan terhempas ke laut,landasan ini ditambah lagi 655 kaki.Walaupun sudah dua kali ditambah kepanjangannya,namun ia tetap berbahaya kerana juruterbang perlu mempunyai skill dan kemahiran tinggi atau mereka bakal berakhir di lautan.





7. Tenzing-Hillary Airport, Nepal






Lapangan terbang ini dahulunya diberi nama Lukla Airport namun ditukar kepada Tenzing-Hillary bersempena nama pendaki pertama yang berjaya sampai ke puncak Himalaya.Kabus yang tebal antara punca ia dikategorikan berbahaya namun yang paling menyeramkan ialah jurang setinggi 2000 kaki di penghujung landasan yang bakal menguji tahap kemahiran juruterbang.Beberapa kemalangan telah dilaporkan disini.





8. Barra International Airport, Scotland






Antara lapangan terbang yang pelik kerana juruterbang perlu mendarat diatas landasan yang juga merupakan sebuah pantai.Meskipun diiktiraf selamat untuk digunakan namun pakar-pakar penerbangan mencadangkan ia diubah ke tempat lain atas faktor keselamatan.





9. Courchevel Airport, France






Landasan ini terkenal kerana pernah terlibat dalam filem Tomorrow Never Die yang dibawakan oleh James Bond.Percaya atau tidak jika landasan biasa anda lihat ia dibina diatas bentuk muka bumi yang rata,namun landasan ini beralun.Agaknya bagaima mereka berlepas ya.





10. Ice Runway, Antartika






Suhu yang sejuk melampau menyebabkan permukaan air menjadi beku dan ia dijadikan landasan kapal terbang.Pendaratan disini sangat mencabar dan juruterbang perlu memastikan tayar pesawat tidak terbenam di dalam salji dan tergelincir kerana dibawah permukaan landasan merupakan laut!

Sumber

0 Response to "10 Landasan Lapangan Terbang Paling Sukar Untuk Mendarat"

Post a Comment