Hot !

Hobi Berbahaya Yang Membawa Padah






Model yang digunakan lelaki tersebut

Setiap orang tentu sahaja mempunyai hobi sendiri dan ia terpulang kepada masing-masing asalkan ia tidak menggangu kententeraman awam.Namun tindakan lelaki ini tentunya boleh mengundang malapetaka jika sedikit kesilapan dibuat.Mungkin hobinya gemar mengambil gambar jadi dia membeli sebuah 'Drone' yang dibekalkan sekali bersama kamera berdefinisi tinggi bagi menangkap gambar pemandangan dari udara.





Namun tindakannya menerbangkan 'Drone' tersebut di kawasan pendaratan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) sememangnya suatu perbuatan gila dan tidak boleh diambil mudah atau bahan ketawa.Ia sememangnya berbahaya kepada segala pesawat yang ingin mendarat disitu.






Mungkin dia menganggap segala langkah keselamatan sudah diambil seperti kedudukan yang jauh dari situ namun kawasan lapangan terbang adalah tempat yang bukan boleh dijadikan kawasan riadah terutamanya melibatkan aktiviti di udara.








Kerana dia sendiri tidak tahu laluan setiap penerbangan disitu.Andaikata ada sesuatu perkara buruk terjadi,ia melibatkan ratusan nyawa didalam kapal tersebut.Dan pihak DCA sendiri telah membuat laporan polis bagi menahan individu tersebut.Kemaskini terkini mendapati dia telah memadamkan semua akaun sosialnya mungkin untuk mengelak dari dikesan.

Sumber

Related Posts :

0 Response to "Hobi Berbahaya Yang Membawa Padah"

Post a Comment