Hot !

Kampung Dalam Gunung Berapi Yang Menakjubkan




Jika sebut tentang gunung berapi sudah tentu ada terbayang satu kawasan gunung yang sunyi dan berdebu.Apabila ada letusan maka lahar gunung berapi akan mengalir disekelilingnya dan membuat keadaan sekitar menjadi terlalu panas.Tiada kehidupan yang boleh hidup dengan kepanasan sebegitu rupa.









Namun sebenarnya terdapat satu pulau gunung berapi di Jepun yang didiami manusia dan telah terbentuk sebuah perkampungan dengan sistem yang hampir lengkap.Pulau ini diberi nama Aogashima dan terletak 358 Kilometer dari selatan bandar Tokyo,Jepun.Pulau ini berukuran 3.5 Kilometer panjang dan 2.5 Kilometer lebar.




Pulau ini didiami hampir 200 penduduk yang dulunya lebih ramai,namun selepas mereka terkorban dalam letusan gunung berapi puluhan tahun dulu,jumlah penduduk yang masih berani tinggal disini berkurangan.



Untuk sampai ke pulau ini anda boleh menaiki penerbangan dari Tokyo ke pulau yang terdekat iaitu Hachijojima dan setibanya di pulau itu,anda boleh menaiki bot atau helikopter dengan kadar berbeza.Pemandangan cantik pulau ini sememangnya bakal menarik minat pelbagai pelancong,namun tidak ramai yang tahu kewujudan pulau ini menyebabkan pelancong luar sangat sukar dilihat disini.







Mungkin anda berpeluang ke Tokyo dan boleh datang melawat pulau ini.Masa yang dicadangkan adalah ketika musim sejuk di mana ketika itu angin sejuk dari laut menyebabkan ia dipanggil sebuah pulau syurga.




Sumber

0 Response to "Kampung Dalam Gunung Berapi Yang Menakjubkan"

Post a Comment