Walaupun ditawarkan gaji lumayan sebanyak RM14,000 sebulan untuk kerja sebegini,tidak ramai yang mahu.Itulah yang dihadapi oleh industri ternakan di United kingdom yang ketandusan tenaga kerja dalam menentukan jantina anak ayam yang baru menetas.
Gaji yang ditawarkan sememangnya lumayan,namun disebabkan kepakaran menentukan jantina anak ayam ini tidak ramai yang tahu jadi ia mejadi kesukaran bagi pihak tersebut mencari tenaga pekerja.
Dikatakan untuk mempelajari teknik tersebut ia memakan masa sehingga tiga tahun bagi membezakan diantara anak ayam jantan atau betina.Dalam sehari antar 800 ke 1200 anak ayam perlu ditentukan jantinanya dengan ketepatan sehingga 98 peratus.
"Saya rasa masalah itu datang dari kerja yang membosankan.Ia sesuatu yang tidak seronok tenung belakang ayam selama beberapa saat untuk menentukan jantinanya."
Di Asia pekerjaan sebegini merupakan pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi manakala di United Kingdom ia dijadikan bahan lawak jenaka oleh penduduknya.
0 Response to "Tentukan Jantina Anak Ayam Dengan Gaji RM14,000"
Post a Comment