Hot !

Keakraban Sultan Selangor Dengan Abdul Khalid





KUALA LUMPUR ? Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap mempunyai hubungan yang akrab dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah walaupun disingkirkan daripada jawatan itu oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun lalu.

Hal itu terbukti apabila Sultan Selangor berkenan makan malam dengan bekas pemimpin PKR yang disingkirkan tersebut pada 26 Februari lalu seperti dimaklumkan oleh Abdul Khalid melalui laman Facebook beliau.


Sempat berjumpa dgn DYMM Tuanku Sultan Selangor semalam (26 Februari 2015) untuk makan malam di Hotel The Strand, Yangon, Myanmar. Tuanku telah mengambil bahagian dalam Road To Mandalay car endurance rally selama 24 hari,? katanya dalam Facebook tersebut.

Abdul Khalid disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor oleh PKR pada tahun lalu kerana mahu memberi laluan kepada Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memegang jawatan itu.

Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin tidak berkenan menerima Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor sebaliknya bersetuju melantik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bagi menggantikan Abdul Khalid. 

 

 

- mynewshub.cc

0 Response to "Keakraban Sultan Selangor Dengan Abdul Khalid"

Post a Comment