Hot !

Berpura Tidak Tahu Cara Buka Pintu





Anggota penguatkuasa dan polis cuba membuka pintu premis hiburan yang disyaki menggunakan khidmat GRO.


MELAKA RAYA - Pengusaha pusat hiburan guna tektik melengah-lengahkan masa buka pintu untuk larikan gadis pelayan (GRO) ketika pemeriksaan dilakukan.

Tindakan tersebut menyebabkan penguat kuasa gagal menahan GRO pada Operasi Bersepadu diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di beberapa pusat hiburan di sini, yang dipercayai menawarkan khidmat GRO.

Operasi membabitkan Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi & Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Kesihatan.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Hussin berkata, pengusaha tersebut berjaya melarikan pelayan mereka sebelum sempat pihak berkuasa menyerbu masuk premis.

Ketika anggota penguat kuasa melakukan serbuan di salah sebuah premis hiburan di Melaka Raya, kira-kira jam 1.25 pagi, seorang lelaki berusia 20-an yang bekerja sebagai penyambut tetamu berpura-pura tidak tahu cara membuka pintu utama dan mendakwa baru bekerja di situ.

Sebaik pemeriksaan dilakukan, kesemua GRO gagal dikesan biarpun ada pelanggan mendakwa menerima layanan GRO sebelum premis terbabit diserbu,? katanya.

Tambahnya, tiga pusat hiburan diberi notis kerana beroperasi tanpa lesen dan dua premis beroperasi melebihi masa ditetapkan.

"Pelbagai peralatan termasuk pengadun bunyi, pemain DVD, unit amp karaoke dan power amp turut disita," katanya.

Dalam operasi melibatkan JAIM itu, lima pengunjung turut disaman.

"Dua lelaki Islam disaman kerana minum minuman memabukkan dan tiga wanita Islam yang berpakaian tidak sopan," kata Ketua Pegawai Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani.


Sumber

0 Response to "Berpura Tidak Tahu Cara Buka Pintu"

Post a Comment