![]() |
Gambar Hiasan |
Hakim tersebut,Eliana Marengo telah memberi kata dua kepada wanita tersebut yang dikenali sebagai Rania el-Alloul untuk membuka tudung atau menangguhkan prosiding kes untuk berbincang dengan peguam.Dia memberi alasan pemakaian tudung sama seperti memakai cermin mata gelap atau topi yang tidak dibenarkan didalam mahkamah.
"Saya tidak akan melayan pendengaran kes ini sekiranya anda masih memakai hijab," kata Marengo.
Rania hadir ke mahkamah bagi meminta pihak berkuasa memulangkan keretanya semula yang disita pihak berkuas.Bercakap kepada media, dia amat terkejut dan tidak menyangka perkara sebegitu berlaku kepada dirinya.
"Saya memakai hijab ketika mengangkat sumpah sebagai warganegara Kanada. Apa pun, kejadian di mahkamah membuatkan saya berasa takut.
"Saya merasakan bahawa saya bukan lagi rakyat Kanada," ujar el-Alloul.
Tindakan hakim tersebut sebenarnya menambahkan lagi sentimen Islamofobia terhadap kalangan orang bukan Islam terhadap Islam.
Untuk pengetahuan,di Kanada memakai tudung di mahkamah tidak salah disisi undang-undang bahkan tiada perenggan dalam undang-undang yang mengharamkannya.Mereka hanya perlu berpakaian sopan sahaja jika ingin hadir ke mahkamah.
0 Response to "Hakim Arah Buka Tudung Ketika Beri Keterangan"
Post a Comment