Hot !

Warga Emas Maut Terjatuh Dalam Perigi




Taiping: Lelaki warga emas ditemui mati selepas dipercayai terjatuh ke dalam perigi sedalam kira-kira 1.5 meter di rumahnya di Kampung Baru Simpang, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi tadi, mangsa berusia 65 tahun dipercayai mati lebih 24 jam berdasarkan keadaan mayat yang ditemui.



ANGGOTA bomba mengambil 15 minit untuk mengeluarkan mangsa. FOTO ihsan bomba


Jurucakap bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.27 pagi daripada polis yang meminta bantuan pihaknya untuk mengeluarkan mangsa.

Katanya, sebaik tiba bomba mendapati satu mayat ditemui di dalam perigi sebelum usaha mengeluarkan mayat mangsa dilakukan.

"Anggota menggunakan tali penyelamat untuk mengeluarkan mayat mangsa dan berjaya mengeluarkannya kira-kira 15 minit selepas itu," katanya.


- hmetro.com.my

0 Response to "Warga Emas Maut Terjatuh Dalam Perigi"

Post a Comment