Hot !

Tony Abbott Berdamai Dengan Jokowi






SYDNEY – Perdana Menteri Australia, Tony Abbott mengutarakan perdamaian semalam selepas bercakap dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo mengenai pelaksanaan hukuman mati terhadap dua penyeludup dadah Australia.

Abbott memberitahu, beliau bercakap dengan ‘rakannya’, Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi petang kelmarin dan menambah bahawa pemimpin Indonesia itu memahami pendirian Australia dengan sepenuhnya.


Jokowi menafikan pengampunan terhadap 11 banduan yang dijatuhi hukuman mati termasuk rakyat Australia, Perancis dan Brazil sekali gus meningkatkan ketegangan diplomatik walaupun selepas berulang kali menerima rayuan untuk berbuat demikian.

Abbott pernah membangkitkan kemarahan Jakarta apabila mengaitkan rayuan pengampunan untuk dua rakyatnya dengan bantuan Australia kepada Indonesia selepas tragedi tsunami di Lautan Hindi pada 2004.

Jakarta pula memberi amaran bahawa ugutan bukan sebahagian daripada bahasa diplomatik.

“Perbualan kami merupakan petanda positif,” kata Abbott kepada sekumpulan wartawan di Canberra.

“Ia juga petunjuk bahawa keakraban antara Australia dan Indonesia adalah mendalam,” tambahnya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut berhubung perbualan telefonnya dengan Jokowi.

Pada Selasa lalu, sebuah mahkamah di Jakarta menolak rayuan dua warga Australia berkenaan, Myuran Sukumaran, 33, dan Andrew Chan, 31, supaya membatalkan penolakan pengampunan oleh Jokowi.

Sukumaran dan Chan didapati bersalah pada 2005 kerana menyeludup heroin keluar dari Pulau Bali. – Reuters

Sumber

0 Response to "Tony Abbott Berdamai Dengan Jokowi"

Post a Comment