Hot !

Remaja berpelukan di tasik




JITRA - Gelagat segelintir remaja berdua-duaan di sebuah taman rekreasi di Bandar Darulaman mengundang perasaan kurang senang penduduk tempatan.

Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Nur Amira, 30, berkata, adegan tidak senonoh itu dilakukan di kawasan agak sunyi di dalam semak berhampiran tasik berkenaan.

Menurutnya, perbuatan tidak bermoral dalam kalangan remaja itu boleh mendatangkan gegala yang lebih buruk sekiranya dibiarkan.


Gelagat segelintir remaja berdua-duaan mengundang perasaan kurang senang penduduk.



"Biasanya pada hari minggu, lebih ramai remaja menjadikan kawasan itu untuk melepak bersama pasangan masing-masing.

"Sebagai orang awam, saya sendiri berasa malu melihat mereka yang kebanyakannya mungkin masih bersekolah berpelukan tanpa segan silu di kawasan tumpuan," katanya.

Penduduk, Noor Hafiz Kamaruddin, 35, pula berkata, dia berharap masalah itu dapat dipantau pihak berkuasa agar masalah sosial yang lebih teruk dapat dielakkan.

"Kawasan rekreasi sepatutnya digunakan sebagai tempat beriadah.

"Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas dalam mengawasi aktiviti tidak bermoral seperti ini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Pejabat Agama Islam Daerah Kubang Pasu, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya akan membuat pemantauan mengenai perkara itu dengan segera.

Sebelum ini kita belum menerima sebarang aduan rasmi daripada orang ramai mengenai masalah ini.

"Kita akan membuat pemantauan dari masa ke semasa supaya perkara ini dapat dihalang, katanya.



sumber: sinarharian.com.my

0 Response to "Remaja berpelukan di tasik"

Post a Comment