Hot !

Pindah Pesakit Klinik Terbakar

Kuching: Seramai 59 pesakit hospital swasta di Jalan Rock, Taman Timberland di sini, terpaksa dipindahkan ke luar bangunan kerana klinik neurologi hospital itu terbakar, 8.40 malam tadi.

Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas pada sistem pendawaian elektrik.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata, kebakaran di tingkat dua itu hanya membabitkan 10 peratus bilik rawatan dalam klinik berkenaan.



PESAKIT yang dirawat di hospital berkenaan dibawa keluar. FOTO ihsan bomba




Katanya, ketika kejadian klinik itu tidak beroperasi.

Bagaimanapun, sebagai langkah keselamatan, seramai 59 pesakit yang dirawat di hospital berkenaan dibawa keluar.

"Satu jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 8.50 malam.

"Operasi tamat sepenuhnya pada 10.24 malam dan siasatan lanjut mengenai punca kebakaran masih dijalankan," katanya.


sumber: hmetro.com.my

0 Response to "Pindah Pesakit Klinik Terbakar"

Post a Comment