KUALA LUMPUR, 2 Februari: Orang ramai di negara ini berpeluang untuk melihat planet Musytari (Jupiter) melalui teleskop, malahan sekadar dengan mata kasar di langit Malaysia dan sekitarnya sejam selepas waktu Isyak atau kira-kira jam 9.30 malam ini.
Menurut pemilik portal Falak Online, Shahrin Ahmad, planet Musytari kini sedang menghampiri posisi bersetentang kedudukannya dengan matahari.
Menurut pemilik portal Falak Online, Shahrin Ahmad, planet Musytari kini sedang menghampiri posisi bersetentang kedudukannya dengan matahari.

Gambaran kedudukan planet Musytari pada malam ini. - Foto falakonline.net
Ia akan kelihatan terang pada malam ini kerana akan berada betul-betul di bawah kedudukan bulan mulai malam ini hingga 7 Februari 2015, kata Shahrin.
Inilah masanya untuk mencerap sepuas-puasnya planet paling besar dalam sistem suria kita ini.
Ambillah peluang mana-mana geng yang ada teleskop, pi pinjam ka, sewa ka kerana menerusi teleskop, planet ini teramat-amat cantik dengan gelang awannya dan dengan empat buah bulannya yang sentiasa berubah-ubah kedudukan.
Sambil itu, jom tengok sambil ucap ?Subhanallah!?,? katanya seperti yang dipetik dari laman Falak Online di alamat http://falakonline.net/.
sumber: therakyatpost.com
0 Response to "Planet Musytari boleh kelihatan di langit Malaysia malam ini lepas isyak"
Post a Comment