Hot !

Ubi Kayu Bersaiz Luar Biasa

KOTA BHARU - Seorang warga emas terkejut memperoleh ubi kayu setinggi lebih 1.2 meter di dusunnya di Chica Menyabong, di sini.

Che Ahmad Senik, 67, berkata, sepanjang tahun dia menanam ubi kayu di dusunnya itu tetapi ia kali pertama pokok ubi kayunya itu menghasilkan ubi kayu setinggi saiz tersebut.

Che Ahmad menunjukkan ubi kayu bersaiz luar biasa di dusunnya di Chica Menyabong


"Memang rasa pelik kerana saiznya yang luar biasa, seakan-akan akar tongkat ali.

"Walaupun saiznya berbeza dengan ubi kayu biasa sebelum ini, saya tidak berhasrat untuk menyimpannya atau menjualnya,? kata kepada Sinar Harian.

Menurutnya, disebabkan saiz luar biasa itu, ia turut menarik minat ramai jirannya untuk melihat ubi kayu itu secara dekat.

Sementara itu, anaknya, Sukiman Hakim Che Ahmad, 27, berkata, selepas bapanya bersara sebagai pembantu am, masa lapangnya diisi dengan bercucuk tanam.

Kami ingin menikmati ubi kayu tersebut sebagai makanan sekeluarga dan tidak berniat menjualnya, namun disebabkan saiznya luar biasa, ternyata ia menarik minat ramai untuk melihatnya,? katanya.



sumber: sinarharian.com.my

0 Response to "Ubi Kayu Bersaiz Luar Biasa"

Post a Comment