Hot !

Penggemar Ais Krim Pasu Berisiko Tinggi Hidap Kanser?






KALAU kita tanyakan apakah yang menjadi fenomena sekarang, pastinya hampir kesemua jawapan akan terarah kepada ais krim pasu yang mencipta kegilaan tersendiri sejak kebelakangan ini.

Namun, tahukah anda terdapat satu posting di Facebook yang mengatakan penggemar ais krim pasu berkemungkinan besar berisiko tinggi menghidap penyakit kanser.


Posting itu yang memetik sumber daripada pakar pemakanan mengatakan pasu yang digunakan untuk meletak ais krimi itu diperbuat daripada ‘chemical grade’ dan bukan ‘food grade’ seperti yang digunakan pada bekas makanan.




Chemical yang terdapat pada bahan pasu tersebut tidak semudah dibersihkan dengan air dan sebarang perubahan pada suhu terutamanya dikatakan mampu mengubah kandungan kimia dalam bahan tersebut.

Yelah, kalau dilihat pun memang pengusaha ais krim pasu menggunakan pasu yang memang khas digunakan untuk menanam tumbuh-tumbuhan.

Jadi, lepas baca posting ini, adakah anda masih lagi berani mahu mencuba ais krim pasu? Tepuk dada, tanyalah selera! –

Sumber

0 Response to "Penggemar Ais Krim Pasu Berisiko Tinggi Hidap Kanser?"

Post a Comment