Hot !

Bomba Bergegas Datang.. Sebab Jari Budak Tersepit Di Kerusi










‘Rumah terbakar panggil bomba… bomba datang berlumba-lumba’ – itu antara bait lagu yang mengimbau zaman kanak-kanak kita satu ketika dahulu.

Pun begitu zaman berganti zaman… nampaknya cabang tugas anggota bomba dan penyelamat semakin meluas termasuk menyelesaikan pelbagai perkara tidak dijangka seperti ini.

Seorang budak lelaki yang tinggal di Kampung Tunku Putra, Kulim memerlukan bantuan anggota bomba apabila jari adik kecil ini tersekat pada sebuah bangku.

Ermm.. tidak dinafikan kelakuan dan gelagat kanak-kanak seusia ini sememangnya suatu perkara yang tidak boleh kita jangka.

Lagi-lagi tumpuan utama kanak-kanak hanyalah mahu bermain sahaja.

Bagaimanapun, gambar adik kecil dibantu anggota bomba dan penyelamat yang tersebar di laman sosial ini mendapat pujian para netizen.

Jasa dan pengorbanan pihak bomba dan penyelamat yang sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan nyawa insan lain sememangnya dihargai tapi dalam hal sebegini, agak janggal pula melihat beberapa anggota bomba siap beruniform datang demi sebatang jari kecil, haha.

- MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Bomba Bergegas Datang.. Sebab Jari Budak Tersepit Di Kerusi"

Post a Comment