Hot !

Pendaki Jepun Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu




KOTA KINABALU: Seorang pendaki warga Jepun tergelincir ketika sedang turun dari puncak Gunung Kinabalu kira-kira jam 7.45 pagi ini.

Menurut kenyataan Taman-Taman Sabah di sini, hari ini, mangsa Yoshimasa Maekawa, 65, cedera di kepala dan muka ketika sedang turun 7.3 kilometer dari puncak gunung setinggi 4,095 meter itu.

Kakitangan Taman-Taman Sabah dengan bantuan beberapa orang Malim Gunung atau pemandu pelancong memberi rawatan awal kepada mangsa dan mengusungnya turun ke Laban Rata iaitu pada ketinggian 3,272 meter gunung berkenaan.

Sebuah helikopter Sabah Air kemudian membawa Yoshimasa ke pekan Kundasang sebelum dia dibawa ke Hospital Ranau menaiki ambulans.

Menurut kenyataan itu, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan akan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

Sehubungan itu, pihak Taman-Taman Sabah memohon kerjasama pendaki lain supaya sentiasa mengambil langkah berhati-hati sepanjang pendakian.

- BERNAMA

 

0 Response to "Pendaki Jepun Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu"

Post a Comment