Hot !

Pakistan Lancar Ujian Peluru Berpandu Nuklear






Islamabad - Pakistan kelmarin melancarkan ujian peluru berpandu yang mampu membawa kepala peledak nuklear, seminggu selepas India mencapai perjanjian baharu dengan Amerika Syarikat (AS).

Tentera menyifatkan, Ra'ad sebagai peluru berpandu yang tidak mudah dikesan dan boleh menyampaikan kepala peledak nuklear atau konvensional kepada sasaran sehingga 350 kilometer dengan tepat.

Perjanjian nuklear awam baharu yang dicapai semasa lawatan Presiden AS Barack Obama ke New Delhi baru-baru ini memecahkan kebuntuan perjanjian kuasa atom yang terhenti selama bertahun-tahun.

Pakistan bagaimanapun mengecam perjanjian itu yang dianggap boleh menjejaskan kestabilan keselamatan Asia Selatan.

Tujuh tahun lalu, AS dan India menandatangani perjanjian nuklear bagi kegunaan tentera dua buah negara itu sekali gus membolehkan India memperoleh teknologi canggih serta tenaga nuklear murah dari AS.- AFP


sumber: suara.tv

0 Response to "Pakistan Lancar Ujian Peluru Berpandu Nuklear"

Post a Comment