Hot !

Amalan Bukan-Bukan Cemari Thaipusam - Bawa Logo Liga Perdana Eropah, Gangnam Style





PETALING JAYA: Sejak kebelakangan ini, Thaipusam telah dicemari oleh kavadi-kavadi yang memaparkan logo-logo pasukan Liga Perdana Eropah, tarian di panthal (pondok) lagu-lagu seperti "Gangnam Style" dan "Why This Kolaveri", dan tiupan vuvuzela dan penganut-penganut yang tidak berpakaian dengan beradab.

Thaipusam adalah masa buat ramai penganut berpuasa, menebus dosa, menunaikan nazar dan membersihkan diri daripada dosa-dosa mereka sewaktu mereka memberi penghormatan kepada Dewa Murugan.

Perayaan bersifat keagamaan ini sering dicemari oleh samseng-samseng dan tingkah laku yang tidak sesuai, yang menghina perayaan Thaipusam ini bagi mereka yang menyambutnya dengan taat.

Sebab itulah pada tahun ini, Pasukan Petugas Thaipusam (TTF), yang terdiri daripada 118 pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Hindu serta kuil-kuil di seluruh negara, yang ditubuhkan tahun lepas telah menmanfaatkan kuasa aplikasi pesanan mudah alih bagi mengambil tindakan tegas lebih lanjut terhadap mereka yang tidak menghormati kesucian perayaan ini.

TTF yang diketuai oleh Hindu Sangam, terdiri daripada kumpulan-kumpulan seperti Tamil Youth Bell Club, Majlis Belia Hindu dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, telah melancarkan sebuah hotline aduan WhatsApp seluruh negara, di mana orang ramai boleh mengambil gambar kelakuan-kelakuan tidak wajar dan menghantarnya.

Tetapi apa yang akan dilakukan dengan gambar-gambar ini?

Ketua TTF Pulau Pinang, Tharman Anandan memberitahu yang gambar-gambar ini kemudiannya akan disalurkan kepada pasukan petugas negeri yang berkaitan, yang akan mempunyai kumpulan WhatsApp mereka sendiri yang turut dianggotai pihak-pihak berkuasa penguat kuasa yang berkaitan, seperti majlis-majlis perbandaran dan polis.

Sebagai contoh, jika ada penganut yang terlihat barang yang tidak sesuai dijual di sebuah gerai, dia boleh merakam gambar dan menghantar WhatsApp kepada aduan hotline kebangsaan, dan ini kemudiannya akan disalurkan kepada pasukan petugas negeri dan dikongsi dalam kumpulan mesej mereka kepada pihak berkuasa, supaya tindakan boleh diambil," katanya.

Tujuan utama TTF adalah untuk mendidik dan bukannya "menghukum" orang ramai, kata Tharman, yang memberi amaran bahawa ahli-ahli pasukan petugas ini juga akan mencari mereka yang melakukan kekacauan awam, mencetukan pergaduhan dan berkelakuan dengan cara yang tidak terkawal.

Mengenai apa yang mereka akan lakukan terhadap mereka yang memakai pakaian yang mencolok mata, Tharman berkata mereka akan mengedarkan mereka risalah-risalah dan menasihati mereka supaya tidak berpakaian sebegitu pada tahun berikutnya.

Pengasas bersama dan pengerusi pasukan petugas, Shri Ramaji juga dilaporkan telah menyampaikan taklimat kepada ahli-ahli pasukan petugas, mengenai tugas mereka untuk memeriksa semua gerai semasa Thaipusam, bagi merampas barangan terlarang daripada dibawa masuk ke kawasan kuil seperti pisau, trisula, parang dan juga durian, cili dan epal yang dicucuk pada badan pembawa kavadi.

Ahli-ahli TTF juga akan membawa sepanduk dan risalah untuk mendidik orang ramai mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa sambutan itu.

"Kavadis yang tidak menghormati dan mencemuh perayaan agama ini dengan memaparkan logo-logo kelab bola sepak dan syarikat-syarikat yang dianggap tidak sesuai, juga diharamkan," Shri dipetik sebagai berkata.

Mengenai bagaimana mereka akan mengeluarkan kavadi-kavadi yang tidak sesuai itu, Tharman berkata yang TTF akan menasihati pembawa kavadi untuk mengeluarkannya, dan jika ini gagal ahli jawatankuasa pengurusan kuil akan mengeluarkannya.

Mengenai pengharaman trisula, Tharman berkata ini adalah kerana ia adalah sebuah objek yang sangat tajam yang boleh mencederakan orang ramai.

Beliau berkata bahawa mereka yang membawa trisula juga akan dinasihatkan untuk mengeluarkannya dan jika tidak, jawatankuasa pengurusan kuil yang akan berbuat demikian.

Kakitangan jawatankuasa pengurusan kuil akan ditempatkan berhampiran pintu pagar, sebelum tangga masuk," kata Tharman.

Adakah taktik nama dan malukan diperlukan, sebelum kita belajar untuk menjaga kelakuan?

Adakah kita perlu diberitahu yang kita tidak boleh memakai pakaian yang tidak senonoh ke sebuah tempat ibadat?

Adakah orang lain perlu memberitahu kita bahawa kavadi yang dipersembahkan kepada Dewa Murugan, tidak seharusnya memaparkan logo EPL?

Adakah Gangnam Style sebuah lagu yang kita patut gunakan semasa Thaipusam?

Pelantikan sebuah pasukan petugas untuk memberitahu apa yang boleh dilakukan mungkin kurang enak didengari, tetapi jika itu adalah apa yang diperlukan untuk memberikan Thaipusam penghormatan yang sewajarnya, maka jalankan sahaja ia.



Sumber

0 Response to "Amalan Bukan-Bukan Cemari Thaipusam - Bawa Logo Liga Perdana Eropah, Gangnam Style"

Post a Comment