Hot !

Hanya Puteri Najwa Sahaja Bekas Kekasih Saya – Shaheizy Sam




Sekian lama menanti pengakuan daripada mulut Shaheizy Sam, akhirnya pelakon hebat itu telah pun membuat pengakuan yang dirinya pernah bercinta dengan Puteri Najwa. Walaupun sejak kebelakangan ini dihimpit dengan nama-nama seperti Fazura dan Syatilla Melvin, Shaheizy Sam memaklumkan yang dirinya hanya mempunyai bekas kekasih bernama Puteri Najwa. 



Walaupun hubungan mereka tidak kesampaian ke jinjang pelamin, Puteri Najwa masih berhubung mesra dengan keluarga Sam sehingga ke hari ini. Sehingga ke hari ini, Sam masih single. Kata Sam:-
Bagi Sam, pasangan bercinta pasti akan ada penghujungnya. Kalau tidak berakhir di alam perkahwinan, ia akan berhenti di tengah jalan (putus). Sam belum melalui zaman perkahwinan, tetapi pernah lalui situasi putus cinta.
Melihat dari sudut dan jalan penceritaan berkaitan Fazura, Syatilla, dan Najwa, hanya Najwa saja bekas kekasih Sam. Kekasih pasti ada penghujungnya. Akan tetapi, persahabatan dan kawan-kawan datang dan pergi. Apa yang Sam boleh katakan, ia adalah hubungan kawan-kawan saja.

Semoga Sam bertemu pilihan hati selepas ini.

 Sumber Berita Harian.

0 Response to "Hanya Puteri Najwa Sahaja Bekas Kekasih Saya – Shaheizy Sam"

Post a Comment