Hot !

(4 GAMBAR) Lufya Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya





Pelakon serta penyanyi Lufya Omar kini sudah bertudung sepenuhnya selepas menyambut hari jadi yang ke 30 baru-baru ini. Penghijrahan beliau dilakukan secara perlahan-perlahan sebelum ini kerana terikat dengan beberapa komitmen kerja selain khuatir jika tawaran berlakon akan semakin berkurangan selepas mengenakan tudung.


Walaubagaimanapun, Lufya telah bangkit dan berazam untuk menunaikan hasratnya itu selepas mendapat nasihat daripada ibu tercinta.

 Ikutkan dari tahun ke tahun saya ada niat ke arah itu (menutup aurat). Tetapi ketika itu saya masih memikirkan soal kerja dan komitmen. Saya pernah menangis memikirkan hal ini kerana hati belum kuat untuk membulatkan keputusan bertudung.
Perasaan itu didorong dengan rasa takut dengan kebarangkalian serta kemungkinan tawaran seni akan putus. Tapi ibu saya selalu berpesan, rezeki Tuhan itu luas. Malah bertahun-tahun pesanan itu dititipkannya.
Tiada siapa yang tahu, sebenarnya Lufya telah ditimpa dengan pelbagai ujian termasuk kesakitan secara tiba-tiba dalam perjalanan memenuhi tuntutan agama Islam sejak Disember tahun lalu.
Pada satu tahap ketika ‘kesakitan’ itu menguasai diri, saya jadi lemah. Usaha itu dan ini juga bagaikan tak mampu untuk melawan ‘kesakitan’ berkenaan. Saya pernah jatuh pengsan ketika di lokasi penggambaran.
Dalam tiga hari, saya turun berat badan hingga 10 kilogram. Tapi saya percaya apa yang terjadi ini umpama ujian Tuhan untuk saya jadi lebih kuat.
Ujian itu pasti ada apabila kita ingin berubah menjadi seorang insan yang lebih baik. Teruskan bertabah dan berdoa nescaya rezeki itu ada dimana-mana. Manis bukan wajah Lufya selepas bertudungkan.

0 Response to "(4 GAMBAR) Lufya Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya"

Post a Comment