Hot !

6 Maut Keretapi Rempuh Jeep Atas Landasan Di New York






VALHALLA, New York: Enam orang terkorban dan sekurang-kurangnya 12 lagi mengalami kecederaan apabila kereta api komuter merempuh sebuah kenderaan di atas landasan di utara, bandar raya ini.

Jurucakap Metro-North Railroad, Aaron Donovan berkata, kereta api dari arah utara itu merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda, Jeep Cherokee di atas lintasan kereta api di Valhalla, petang semalam waktu tempatan.

Donovan berkata, pemandu wanita kenderaan itu mati dan lima penumpang kereta api terbabit turut terkorban.

Katanya, kenderaan berkenaan dan bahagian depan kereta api terbabit terbakar.

Sementara itu, penumpang dipindahkan ke gerabak belakang kereta api yang berlepas dari Grand Central Terminal kira-kira 45 minit sebelum kejadian.

Berikutan itu, sebahagian laluan Metro-North Harlem Line ditangguhkan.

Metro-North adalah laluan kereta api kedua paling sibuk di Amerika Syarikat selepas Long Island Rail Road.

Ia memberi perkhidmatan kepada kira-kira 280,000 penumpang sehari di New York dan Connecticut. - AP

0 Response to "6 Maut Keretapi Rempuh Jeep Atas Landasan Di New York"

Post a Comment