Hot !

2 Polis Ditahan Dera Peguam Sampai Mati Dalam Balai






KAHERAH, 26 Februari: Dua anggota polis Mesir ditahan, kerana disyaki mendera seorang peguam sehingga mati dalam sebuah balai polis.

Agensi berita MENA melaporkan, pendakwa raya, Mohammed Abdel-Shafi memanggil tujuh anggota polis dari balai polis terbabit untuk disoal siasat, pada Khamis.

Lima daripadanya telah dibebaskan kemudian, manakala baki dua lagi belum didakwa.

Akhbar Al-Ahram mengenal pasti peguam yang maut itu sebagai Karim Mohammed yang ditahan dalam satu perhimpunan antipolis baru-baru ini.

Al-Ahram melaporkan, kematian peguam itu akibat didera adalah kes ketiga yang berlaku di balai polis sama.

Dua lagi mangsa korban adalah seorang pengedar dadah disyaki dan seorang penunjuk perasaan.



- therakyatpost.com

0 Response to "2 Polis Ditahan Dera Peguam Sampai Mati Dalam Balai"

Post a Comment