Hot !

15 Restoran Nasi Kandar Kotor Ditutup Di Pulau Pinang






SEBERANG PERAI - Sebanyak 15 restoran nasi kandar diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan negeri berkuat kuasa semalam kerana beroperasi dalam keadaan kotor sehingga ada di antaranya mengandungi najis tikus.

Tujuh buah lagi premis turut dikenakan kompaun berjumlah RM6,100 di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 kerana melanggar peraturan kebersihan dalam operasi jabatan tersebut selama lima jam yang bermula pada pukul 9 pagi di lima buah daerah.

Ketua Unit Penguatkuasaan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Ahmad Shukri Bakar berkata, dalam pemeriksaan itu, pihaknya mendapati dapur sebuah restoran nasi kandar di pekan Kepala Batas, Seberang Perai Utara berada dalam keadaan kotor dengan bekas berisi daging ayam diletakkan di atas lantai yang basah.

Terdapat restoran nasi kandar diarah tutup selama dua minggu kerana didapati terdapat kesan kehadiran tikus, keadaan kebersihan bahan mentah tidak memuaskan manakala lantai dan siling didapati tidak bersih,? katanya kepada pemberita selepas operasi itu berakhir di Jalan Bertam di sini.


Sumber

0 Response to "15 Restoran Nasi Kandar Kotor Ditutup Di Pulau Pinang"

Post a Comment