Wanita Saudi hari ini menggesa kerajaan Saudimengharamkan kemasukan wanita Morocco dari menjadi pembantu rumah di negara mereka.
Wanita Saudi risau wanita Morocco ini akan merampas suami mereka serta mahir menggunakan ilmu sihir.
Kerajaan Saudi melaporkan menerima banyak rungutan ke Majlis Syura berkenaan ini pembantu rumah Morocco. Mereka diambil masuk setelah kerajaan Indonesia dan Filipina menghentikan penghantaran warga mereka ke Saudi berikutan masalah gangguan seksual, penderaan dan bayaran tak berpatutan.
Indonesia membekukan penghantaran warga mereka ke sana setelah seorang wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah dihukum pancung kerana membunuh majikannya walaupun atas dasar bela diri dari dirogol.
Negara Saudi mempunyai lebih dari 1.5 juta pekerja asing dari Indonesia, Filipina, Sri Lanka dan beberapa negara Afrika lain bagi mengisi jawatan pekerja domestik yang tidak dikehendaki warga Saudi.
Tindakan Indonesia dan Filipina mengakibatkan berlaku kekurangan pekerja yang kronik.
0 Response to "Wanita Saudi Mahu Pembantu Rumah Morocco Diharamkan"
Post a Comment