Hot !

Adabi Sumbang 10 Tan Bantuan



Sukarelawan Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin bergotong-royong mengangkat bekalan makanan kering yang akan dihantar untuk mangsa banjir.



ADABI Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) menyumbang lebih 10 tan produk makanan jenama Adabi untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Presidennya, Adrian Roslan berkata, syarikat itu membekalkan produk makanan dalam tin seperti sardin, kari ayam, rendang daging, sambal ikan bilis dan sup tulang serta kicap dan sambal belacan.

Sebelum ini, kami sering terlibat dengan pemberian bantuan kepada mangsa banjir, cuma tahun ini, bantuan lebih diberikan kerana banjir agak meruncing berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Selain beri bantuan kepada mangsa banjir, kami juga membantu kakitangan Adabi yang menghadapi masalah banjir di negeri berkenaan,? katanya ketika ditemui di pejabatnya di Rawang, baru-baru ini.

Adrian berkata, Adabi juga menerima banyak permintaan daripada agensi kerajaan, badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya memberikan bantuan.

Kami tetap memberikan bantuan sekadar termampu kerana kami juga beri sumbangan sendiri. Bagaimanapun, jika mereka mahu memberi sumbangan produk keluaran Adabi, kami menawarkan pembelian pada harga kilang, lebih murah daripada pasaran,? katanya.

Menurutnya, pada fasa kedua, Adabi akan menghantar sukarelawannya untuk membantu kerja-kerja pembersihan selepas banjir surut dan menyediakan makanan bagi mangsa banjir.

Sementara itu, Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin, pasukan tanggungjawab sosial korporat Kumpulan Syarikat Naza memperuntukkan RM1 juta untuk membantu mangsa banjir.

Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Syarikat Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, syarikat itu membantu mangsa banjir bagi meringankan beban mereka.

Pada sesi pertama 26 Disember lalu, yayasan itu memberikan sumbangan 3,000 kotak barangan keperluan berupa makanan kering, peralatan solat, ubat, lampin dan pakaian di negeri yang terjejas banjir dengan 30 tan dihantar menggunakan lori, manakala selebihnya pula dengan pengangkutan udara.

Bagi sesi kedua 31 Disember pula, yayasan itu menghantar bantuan berupa 500 karton bekalan makanan sedia dimakan dan 300 karton minuman kepada Muslim Care Malaysia Society yang akan membawanya ke Kuala Krai, Kelantan.

Yayasan itu juga berhasrat untuk menghantar sukarelawan bagi membantu mangsa banjir melakukan kerja-kerja pembersihan ketika banjir surut.

0 Response to "Adabi Sumbang 10 Tan Bantuan"

Post a Comment