Hot !

Sukar Pasarkan Ikan Keli Bersaiz Besar



SEBERANG TAKIR - Seorang pengusaha ikan keli, Zahari Ngah kini berdepan kesukaran untuk menjual hasil ternakannya itu berikutan saiznya yang terlalu besar sehingga boleh mencecah hampir dua kilogram seekor.

Menurut Zahari, pengusaha restoran kurang minat membeli ikan keli yang saiznya besar memandangkan isinya dikatakan agak liat.



Zahari menunjukkan ikan keli bersaiz besar yang diternaknya.



Kebiasaannya ikan keli sudah dapat dijual dalam tempoh antara tiga bulan, namun disebabkan permintaan yang kurang saya memilih untuk terus menternak dengan harapan ia dapat dijual kepada pengusaha kolam pancing dan penyelidik institut pengajian tinggi (IPT) untuk buat kajian mengenai ikan tersebut.

Hanya pilihan itu sahajalah yang ada untuk saya menjual ikan berkenaan memandangkan pengusaha kedai makan tidak berminat dengan ikan keli bersaiz besar, katanya yang juga seorang nelayan.

Katanya lagi, dia mengusahakan ternakan ikan keli secara dalam kolam di kawasan rumahnya di Kampung Teluk Ketapang sejak Julai tahun lalu bagi mengisi waktu serta menambah pendapatan setiap kali musim tengkujuh apabila tidak dapat turun ke laut.

Saya berharap agar ikan keli yang diusahakan ini akan dapat dijual segera memandangkan saiznya yang kian membesar, katanya yang turut menternak ikan tilapia secara dalam kolam.

Zahari berkata, harga pasaran ikan keli ketika ini antara RM6 dan RM7 sekilogram.

0 Response to "Sukar Pasarkan Ikan Keli Bersaiz Besar"

Post a Comment