Hot !

Selesa dengan kasut kesihatan







Keluaran terbaharu kasut Medifeet yang sesuai digayakan dalam semua keadaan.


BAGI wanita, kasut merupakan pilihan utama untuk digayakan. Sama ada mahal atau murah perkara itu tidak memberi kekangan asalkan memberi keselesaan kepada si pemakainya.

Begitu pun masih ramai yang belum mengetahui memakai kasut yang sesuai sebenarnya memberi satu rawatan khusus kepada kaki. Ini kerana kaki adalah sebahagian daripada anggota badan yang paling penting bekerja kepada seseorang individu itu sepanjang hari.

Jika ditanya kepada umum, mungkin ada yang tidak mengetahui bahawa terdapat kasut kesihatan yang direka dan dicadangkan bagi mereka yang menghidap artritis, bunion (bengkak di kaki), sakit lutut, sakit belakang, sakit tapak kaki, osteoporosis, sakit sendi dan diabetes.

Dalam masa yang sama kasut kesihatan ini turut sesuai bagi wanita yang sedang hamil, mengalami masalah obesiti, pekerjaan yang memerlukan waktu berdiri atau berjalan yang lama seperti doktor, jururawat, guru, polis, tentera dan sebagainya.

Jika bercadang untuk pergi melancong atau mengerjakan umrah dan haji, memakai kasut kesihatan adalah sesuatu yang praktikal.

Guna material poron

Menurut Pengurus Besar Medifeet, Samantha Peh, sejak diperkenalkan pada 2005 di bawah jenama Stepcare dan diberi penjenamaan semula dua tahun lalu, sambutan daripada pelanggan amat menggalakkan.

Istimewanya kasut kesihatan di bawah Medifeet ini berbanding kasut biasa adalah keberkesanannya telah terbukti menerusi beberapa siri ujian makmal yang telah dilakukan di Amerika Syarikat.

Penggunaan material khas dikenali sebagai poron dalam setiap kasut yang dihasilkan begitu memberi keselesaan kepada si pemakai. Ini kerana poron dapat menyerap hentakan dan memudahkan pergerakan kaki dan secara tidak langsung menjaga kesihatan keseluruhannya akibat menanggung berat badan.

Kita turut menekankan konsep semua individu boleh memakainya dan tidak hanya terhad kepada golongan yang mempunyai masalah kesihatan sahaja,? katanya ketika ditemui di pejabat Medifeet baru-baru ini.

Sehingga kini kasut kesihatan yang dikeluarkan di bawah jenama tersebut mempunyai 40 rekaan terkini, khusus untuk golongan wanita dan lelaki. Manakala kasut kanak-kanak juga ada dijual berdasarkan kepada tempahan.


Produk baharu

Sementara itu, sempena kedatangan tahun baharu, Medifeet turut melancarkan lebih banyak pilihan reka bentuk dan warna kasut untuk memastikan pengguna lebih yakin dan boleh bergaya.

Bagi menghargai kesetiaan pengguna, Medifeet turut menambah rangkaian produk lain seperti silver ions seamless socks, heelguard, hypo allergic padding untuk pesakit diabetes dan sandal bagi kegunaan dalam rumah.

Penambahan produk baharu ini sesuai dengan permintaan pelanggan yang menginginkan gaya hidup sihat.

0 Response to "Selesa dengan kasut kesihatan"

Post a Comment