Hot !

Agensi Pekerja Asing Bantah MyEG




KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap) membantah pelaksanaan kaedah memperbaharui pas lawatan kerja sementara (PLKS) pekerja a*sing termasuk pembantu rumah secara dalam talian melalui sistem MyEG yang disifatkan sebagai berat sebelah bagi majikan dan tidak adil bagi pembantu rumah.

 



PERKHIDMATAN MyEG seperti yang digunakan Jabatan Pengangkutan Jalan dapat mengurangkan kesesakan di kaunter.  Gambar hiasan



Presidennya, Datuk Zulkepley Dahalan berkata, melalui sistem MyEG, majikan boleh memperbaharui permit pembantu rumah mereka tanpa pengetahuan atau kebenaran pekerja dan tidak perlu lagi berurusan dengan agensi pekerjaan swasta (APS).

Beliau memberikan alasan bahawa sistem online itu boleh menyebabkan segelintir majikan mengambil kesempatan menyambung permit tanpa pengetahuan dan kerelaan pekerja mereka.


sumber: kosmo.com.my

0 Response to "Agensi Pekerja Asing Bantah MyEG"

Post a Comment