Hot !

Perkhidmatan Fedex Ahad hingga Khamis









FedEx Express



FEDEX Express Malaysia (FedEx) akan menyediakan perkhidmatan pungutan dan penghantaran harian dari Ahad hingga Khamis, untuk syarikat yang beroperasi di Pangkalan Bekalan Kemaman Terengganu.

Perkhidmatan lanjutan itu akan membolehkan lebih 220 syarikat perkhidmatan dan bekalan petroleum mempunyai lebih banyak masa untuk menyiapkan dokumentasi dan bungkusan masing-masing ke Asia, Timur Tengah, Afrika, Eropah dan Amerika Utara dan Selatan, katanya dalam satu kenyataan.

"Kami gembira dapat menyumbang kepada pembangunan perniagaan pelanggan kami di wilayah pantai timur Malaysia, dengan meningkatkan perkhidmatan dan membolehkan pelanggan kami berhubung dengan lebih cepat dan berkala ke tempat lain di dunia," kata Pengarah Urusan FedEx Express Malaysia dan BruneiRamesh Kumar.

Katanya, menerusi rangkaian darat dan udara FedEx di seluruh dunia, syarikat tempatan kini dapat menikmati perkhidmatan penghantaran ekspres barangan yang sudah mendapat pelepasan kastam, pintu ke pintu. - Bernama

Related Posts :

0 Response to "Perkhidmatan Fedex Ahad hingga Khamis"

Post a Comment