Hot !

Rumah Mangsa Nahas QZ8501, Hayati Lutfiah Dikhabar ‘Berbau Harum’..

Nampaknya ada cerita menarik mengenai mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, Hayati Lutfiah yang sudah pun selamat dikebumikan di Sawotratap, Sidoarjo di Jawa Timur. 


Rumah mangsa nahas, Hayati Lutfiah dikhabar ‘berbau harum’ 


Khabarnya, kediaman milik Hayati sekeluarga berbau harum semerbak persis bunga-bungaan biarpun sudah beberapa hari kosong, lapor Detik.com.

Apa yang pelik, tiada bunga ditanam di rumah yang turut didiami oleh suami Hayati, Djoko Suseno dan anak mereka, Naura Kanita Rosada serta ibu mertuanya, Soemarnik Saerah yang dipercayai turut terkorban dalam nahas pesawat itu.


Rumah Mangsa Nahas Pesawat QZ8501 Dikatakan Berbau Harum?


Haruman itu bukan sahaja disedari oleh penduduk kampung, tetapi juga wartawan yang mengunjungi rumah tersebut.

Ramai yang percaya wangian itu ada kaitan dengan kebaikan keluarga ini, apatah lagi mereka juga memasang niat untuk mengerjakan haji pada tahun ini.

“Padahal rumah ini baunya biasa-biasa saja sewaktu saya berjumpa dengan Djoko beberapa hari sebelum dia berangkat ke Singapura,” ujar Ketua Rukun Tetangga tempatan, Iswanto.

Menurutnya lagi, keluarga itu sememangnya terkenal kerana cukup ramah dengan jiran tetangga, malah Djoko sendiri kerap bersolat jemaah di masjid.

“Wallahu a’lam, kita doakan Almarhum sekeluarga,” akhiri Iswanto. 




Sumber : MYNEWSHUB

0 Response to "Rumah Mangsa Nahas QZ8501, Hayati Lutfiah Dikhabar ‘Berbau Harum’.."

Post a Comment