Pengarah Teknologi Maklumatnya, Malik Murad Ali berkata, pelaburan tersebut dibelanjakan bagi tempoh dua tahun bermula pertengahan 2013 hingga pertengahan 2015.
Ia membabitkan perubahan keseluruhan bagi sistem kewangan, titik jualan, mata kesetiaan dan lain-lain dalam memastikan Mydin mampu menyokong struktur GST.
Hampir 90 peratus proses perubahan sistem ini sudah lengkap dan yang terbaru kami bakal menggunakan perisian sistem kewangan terbaharu ini bermula awal Januari,? katanya selepas majlis perasmian Tabung Kemanusiaan Mydin-Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), di Selangor, baru-baru ini.
Menurut Malik, pihaknya giat menjalankan latihan khusus kepada kakitangannya untuk mengendalikansistem perisian terbaru itu di semua rangkaian perniagaannya dan menguasai maklumat asas mengenai produk yang dikenakan GST.?Memang diakui pendidikan dalam kalangan kakitangan adalah penting bagi memastikan pelanggan mendapat maklumat tepat daripada staf kami dan memudahkan urusan Mydin dengan pihak peruncit memandangkan GST memiliki aspek teknikal dan rumit untuk difahami.
Kami juga sedang melakukan proses pemindahan sistem sedia ada kepada GST yang melibatkan 10 cawangan setiap hari di mana ia dijangka mampu diselesaikan menjelang pelaksanaan cukai itu pada April ini,? katanya.
Sehingga kini, Mydin memiliki sembilan format perniagaan yang terdiri daripada pasar raya besar (18 cawangan), kompleks beli belah (15), emporium (16), bazar (tiga), pasar mini MyMydin (47), kedai serbaneka MyMart (lapan), Kedai Rakyat 1Malaysia (156), pasar raya premium Sam?s Groceria (lima) dan restoran premium Sam?s Deli (dua).
Sementara itu, Tabung Bantuan Kemanusiaan Mydin-POKB ditempatkan di 110 rangkaian Mydin dan MyMydin seluruh negara untuk mengutip derma bagi membantu mangsa banjir terutama di Kelantan dan paling menarik, Mydin akan menggandakan jumlah wang yang disumbangkan oleh pelanggan.
0 Response to "Mydin Peruntuk RM20 Juta Untuk GST"
Post a Comment