Hot !

Lesen AirAsia Indonesia mungkin ditarik balik









Kementerian Pengangkutan Indonesia akan siasat semula jadual penerbangan AirAsia.


KUALA LUMPUR, 3 Januari:

Lesen operasi AirAsia di Indonesia, berkemungkinan dibatalkan kata Pemangku Ketua Pengarah untuk navigasi udara, Kementerian Pengangkutan Indonesia, Djoko Muratmodjo.

Beliau memberitahu agensi berita Reuters, kementerian itu akan menyiasat semula jadual penerbangan AirAsia Indonesia, Isnin ini.

?Kami akan menyiasat semua jadual penerbangan AirAsia,? katanya.

Sementara itu, pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Kumpulan Changi Airport Group (CAG) dalam satu kenyataan bersama hari ini, berkata perkhidmatan penerbangan Surabaya-Singapura Indonesia AirAsia mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa Singapura.

Ketika menjawab pertanyaan media, mereka menjelaskan bahawa ?sebelum syarikat penerbangan boleh memulakan perkhidmatan penerbangan di antara dua lokasi, ia perlu mendapatkan kelulusan jadual penerbangan daripada pihak berkuasa penerbangan awam masing-masing pada setiap destinasi laluan penerbangan secara berasingan?.



?Permohonan syarikat penerbangan itu akan dipertimbangkan oleh pihak berkuasa penerbangan awam, dengan mengambil kira hak trafik udara yang ada di bawah Perjanjian Perkhidmatan Udara (ASA) dan ketersediaan slot untuk berlepas dan mendarat di lapangan terbang,? kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga berkata bahawa di pihak Singapura, AirAsia Indonesia telah memohon untuk mengendalikan penerbangan harian antara Surabaya dan Singapura untuk ?Musim Sejuk Bahagian Utara? dari 26 Oktober 2014 hingga 28 Mac 2015, dengan ketibaan di Lapangan Terbang Changi pada jam 8.30 pagi dan berlepas ke Surabaya pada jam 2.10 petang.

Penerbangan harian telah diluluskan di bawah ASA, iaitu penerbangan dua hala dan adanya slot di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.

Ia juga berkata penerbangan AirAsia Indonesia ini beroperasi empat kali seminggu, iaitu pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Syarikat Penerbangan boleh menyesuaikan kekerapan penerbangan mereka berdasarkan permintaan pasaran atau keperluan operasi.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan siasatan penerbangan AirAsia QZ8501 yang membawa 162 penumpang dan anak kapal, terhempas ke dalam laut, hujung minggu lalu.

Pasukan mencari dan menyelamat melakukan operasi besar-besaran telah menemukan dua bahagian besar pesawat malang itu di Laut Jawa tidak jauh dari perairan pulau Borneo lewat malam Jumaat, lantas menaikkan harapan bahawa mayat penumpang yang lain dan kotak hitam pesawat, untuk menentukan punca kemalangan itu, akan ditemui.

Setakat ini, 30 mayat telah ditemui.



sumber

0 Response to "Lesen AirAsia Indonesia mungkin ditarik balik"

Post a Comment