Hot !

Presatariang Bhd Menang Bida Sedia Perisian Microsoft Untuk Semua Agensi Kerajaan




KUALA LUMPUR, 23 Januari: Prestariang Bhd akan menyediakan perisian Microsoft, menerusi Perjanjian Pelesenan Induk (MLA) 2.0 kepada semua agensi kerajaan di Malaysia.

Anak syarikatnya, Prestariang Systems Sdn Bhd telah menerima surat lantikan (LOA) daripada Kementerian Kewangan untuk menjadi Rakan Penyelesaian Pelesenan Microsoft (LSP), pada 21 Januari 2015.

 


Abu Hasan berkata, sebaik sahaja dilaksanakan, LOA akan menyumbang secara positif kepada pertumbuhan syarikat. - Foto www.leinvest.com




Kontrak itu berkuat kuasa 1 Februari ini untuk tempoh tiga tahun.

MLA 2.0 merupakan kontrak utama untuk Prestariang. Kesemua sembilan MSP Microsoft yang berkelayakan dalam negara ini dijemput menghantar cadangan melalui Kementerian Kewangan dan kami memenangi bidaan itu.

Kami mencadangkan tawaran harga terbaik dan akan membantu kerajaan menyatu dan menguruskan kesemua pembelian perisian di kalangan agensi kerajaan di seluruh negara.

Kami telah bekerjasama dengan Microsoft, sejak 2006 dan kami memahami kerja-kerja teknikal rakan kongsi global IT kami, dengan menyediakan jumlah kos pemilikan untuk pelanggan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Abu Hasan Ismail dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

MLA 2.0 akan menawarkan perkhidmatan lebih luas, termasuk pelesenan dan sokongan teknikal, pengurusan aset perisian, kesedaran serta kemas kini produk dan teknologi, bengkel teknikal dan panduan penggunaan.

MLA 2.0 juga akan menyaksikan peranan berterusan program Latihan Asas Penjawat Awam Prestariang, untuk melatih dan mengesahkan pencapaian penjawat awam.

Untuk rekod, Prestariang menjadi LSP Microsoft sejak 2006 dan merupakan rakan kongsi emas Microsoft yang diperakui pada 2007.

Ia telah menerima anugerah Rakan Penyampaian Microsoft Eksklusif DTF (Dana Latihan Pembangunan) untuk MLA 1.0, pada 2008.

Katanya, sebaik sahaja dilaksanakan, LOA ini akan menyumbang secara positif kepada pertumbuhan syarikat itu.



sumber: therakyatpost.com

0 Response to "Presatariang Bhd Menang Bida Sedia Perisian Microsoft Untuk Semua Agensi Kerajaan"

Post a Comment