MEMBUANG bayi adalah
perbuatan yang sudah cukup kejam, inikan pula membuangnya dalam keadaan masih
hidup dan mulup disumbat kain!
Itulah yang dilakukan
terhadap seorang bayi perempuan yang mayatnya ditemui berbungkus kain batik dan
mulut ditekup dipercayai untuk mengelakkan tangisannya didengar.
Mayat bayi malang itu
ditemui oleh seorang penternak lembu di ladang sawit di Felda Palong 2, Negeri
Sembilan pada pagi kelmarin.
Susulan kejadian itu
seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan polis di Felda berkenaan kerana
dipercayai terlibat membuang bayi yang dilahirkan kakaknya itu di rumah mereka
pada Khamis lalu.
Ibu bayi berkenaan yang
berusia 28 tahun telah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah
untuk menerima rawatan manakala suspek ditahan reman selama 4 hari.
Kejadian disahkan Ketua
Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias.
0 Response to "Kejam! Mulut Bayi Disumbat Kain Sebelum Dibuang"
Post a Comment