
Jakarta: Selepas beberapa
individu di Indonesia muncul dengan nama pelik seperti Tuhan, Saiton dan Andy Go
To School kini giliran seorang gadis pula yang mempunyai nama paling
pendek.
Pelajar di sekolah menengah
di Pemalang, Jawa Tengah ini dipercayai individu yang mempunyai nama paling
pendek selepas namanya hanya D.
D yang berusia 15 tahun
menunjukkan rekod sekolah yang memaparkan namanya kerana dia masih belum membuat
kad pengenalan diri.
Bapanya, Mulyaji berkata,
dia memberi anaknya nama D kerana gadis itu dilahirkan terlalu
cepat.
“Anak saya ini adalah anak
yang keempat dan saya memberi nama D sempena urutan huruf itu yang berada di
tempat keempat,” katanya.
Menurutnya, hanya anak
bongsunya itu diberi nama yang unik dan semua kakak D mempunyai nama
biasa.
D memberitahu, dia tidak
pernah menghiraukan atau berasa terganggu dengan nama yang diberikan oleh
bapanya itu.
“Saya berasa senang
walaupun nama berbeza dan rakan yang lain sudah biasa memanggil saya D,”
katanya. - Agensi
0 Response to "'D' Nama Paling Pendek Di Dunia"
Post a Comment