Hot !

MPPP Robohkan Nasi Kandar Line Clear Hari Ini





YUSUF ketika sidang media di Restoran Nasi Kandar Line Clear, semalam. Amir Irsyad Omar


Georgetown: Jika diikutkan struktur Restoran Nasi Kandar Line Clear akan diroboh dan dikosongkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pagi esok," kata peguam kepada pengendali premis itu, Md Yusuf Md Idris.

Menurut Yusuf, perkara itu dimaklumkan Bahagian Perlesenan MPPP hari ini, berhubung tindakan yang bakal diambil yang dijangka dilakukan pada 7 pagi .

"Kami dimaklumkan yang restoran ini akan dikosongkan serta keseluruhan struktur juga bakal dirobohkan namun MPPP tidak boleh bertindak sebegitu.

"Ini kerana kami sudah mendapat perintah daripada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk menghentikan sebarang penguatkuasaan oleh MPPP terhadap restoran ini sehingga isu penggiliran pengendalinya diselesaikan melalui mahkamah," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, permohonan semakan kehakiman itu dibuat di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, semalam dan beliau memerintahkan sebarang penguatkuasaan atau perlaksanaan MPPP digantung sehingga penentuan muktamad kes terbabit.

"Secara lisan, perintah mahkamah itu diberikan kira-kira 4 petang, semalam namun berikutan kesuntukan masa kami tidak sempat untuk mendapatkan surat perintah terbabit.

"Berikutan itu, saya berjanji akan menyerahkan segala surat dan dokumen perintah mahkamah itu pada Isnin ini," katanya.

Menurutnya, sehubungan itu pihaknya menyerahkan notis kepada MPPP supaya tidak merobohkan premis terbabit kerana ia jelas mengingkari perintah Mahkamah Tinggi.

Isu perebutan giliran Restoran Nasi Kandar Line Clear berlaku dua tahun lalu, apabila MPPP memberikan lesen kepada Sahubarali China Mohd Hanibah, Abdul Latiff Thulkarunai dan Pathumah Iskandar yang dikatakan tanpa pengetahuan ahli keluarga lain.



Sumber

0 Response to "MPPP Robohkan Nasi Kandar Line Clear Hari Ini"

Post a Comment