Hot !

Rakyat Belum Sedia Skim Lupus Kereta Lama






MUSTAPA MOHAMED memberikan taklimat mengenai status terkini Dasar Automotif Negara 2014 di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, dua Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ir. Hamim Samuri (kiri) dan Senator Datuk Lee Chee Leong (kanan) serta Mohamad Madani Sahari (dua dari kanan). - UTUSAN/IRWAN MAJID

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Kerajaan berpendapat rakyat negara ini belum bersedia untuk melaksanakan skim melupuskan kereta lama dan membeli kereta baharu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, skim seumpama itu masih belum boleh dilaksanakan dalam masa terdekat.

Rakyat masih belum bersedia,?? katanya yang enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada kerajaan akan melaksanakan skim melupuskan kereta lama.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di majlis Status Terkini Dasar Automotif Negara (DAN) 2014 di sini hari ini.

Baru-baru ini Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, pemilik kereta berusia lebih 10 tahun boleh mendapatkan rebat sehingga RM5,000 untuk membeli kereta baharu.

Ia dilaksanakan menerusi skim ?trade-in? yang dinamakan Skim Insentif Pengguna untuk membolehkan pengguna membeli sebarang jenama kereta daripada syarikat pengeluar peralatan tulen (OEM) tempatan yang dijangka diperkenalkan awal Mac ini.

Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata, kerajaan akan menubuhkan majlis automotif yang dijangka memulakan mesyuarat pertamanya pada Mac ini.

Majlis itu berperanan sebagai platform kepada pembuat dasar untuk berinteraksi dengan pemain industri dan akan dipengerusikan oleh beliau sendiri, wakil-wakil kerajaan, komuniti perniagaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili pengguna.



sumber: utusan.com.my

0 Response to "Rakyat Belum Sedia Skim Lupus Kereta Lama"

Post a Comment