Lelaki itu, James Shaffer, 68, kemudiannya dihantar ke hospital namun meninggal dunia dipercayai akibat terhidu asap.
Shaffer yang tidak tahu yang tuala kering akan terbakar sekiranya berada dalam ketuhar dalam masa 15 saat merasakan dirinya bersalah dan meminta maaf kepada pasukan paramedik kerana tidak mengetahui perkara itu.
“Dia amat, amat tenang dalam situasi ini. Kami terkejut dia meninggal dunia. Ketika dalam ambulans kami bercakap seperti biasa, malah setiap minit dia meminta maaf kerana menyebabkan kebakaran itu,’’ kata salah seorang anggota paramedik.
Menurut doktor, Shaffer melecur sebanyak 80 peratus di seluruh badan.
Menurut keluarganya, mereka setiap hari melawat Shaffer dan dia juga mampu berdikari walaupun tinggal sendirian di rumah.
0 Response to "Lelaki Maut Ketika Panaskan Tuala Dalam Ketuhar"
Post a Comment