Hot !

Lelaki Buta Maut Lepas Panaskan Tuala Dalam Ketuhar






Oakland - Seorang lelaki buta, James Shaffer, 68, meninggal dunia selepas bajunya terbakar secara tidak sengaja ketika dia cuba memanaskan tuala dalam ketuhar gelombang mikro, untuk diletakkan di kakinya yang sakit.

Shaffer dihantar ke hospital namun meninggal dunia dipercayai akibat terhidu asap.

Tuala kering akan terbakar hanya dalam masa 15 saat sahaja dalam ketuhar namun perkara ini tidak diketahui oleh Shaffer.

Malah semasa berada dalam ambulans, Shaffer meminta maaf kepada pasukan paramedik kerana tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Dia amat, amat tenang dalam situasi ini. Kami terkejut dia meninggal dunia. Ketika dalam ambulans kami bercakap seperti biasa, malah setiap minit dia meminta maaf kerana menyebabkan kebakaran itu, kata salah seorang anggota paramedik.

Menurut doktor, Shaffer mengalami lecur sebanyak 80 peratus di seluruh badan.

Dalam pada itu, keluarganya memberitahu setiap hari mereka akan melawat Shaffer dan dia juga mampu berdikari dengan tinggal sendirian di rumah.



sumber: mynewshub.cc

0 Response to "Lelaki Buta Maut Lepas Panaskan Tuala Dalam Ketuhar"

Post a Comment