SIPITANG: Seorang pengawal keselamatan yang cemas setelah tertembak adik dan seorang rakannya semasa memburu menyebabkan adiknya meninggal telah bertindak nekad membunuh diri.
Beliau dipercayai tidak sengaja telah tertekan picu senapang angin miliknya yang tepat mengenai adik dan rakanya semasa memburu babi hutan di hutan Ulu Meligan, di sini, semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sipitang, Asisten Superintendan Mohamad Zulkiflee Mohd Yaacob, berkata polis kemudian bergegas ke lokasi sebelum menemui dua mayat di kawasan hutan berkenaan termasuk pengawal keselamatan terbabit.
"Siasatan awal mendapati mereka memburu babi di hutan berkenaan dan berpecah kepada dua kumpulan dengan pengawal keselamatan itu bergerak bersendirian manakala adik dan rakannya bergerak di laluan lain."
"Mereka berhenti rehat untuk makan sebelum terkena tembakan dilepaskan pengawal keselamatan itu yang kemudian turut ditemui mati dengan satu kesan tembakan di dada,”katanya.
Rakan mereka yang cedera di badan dan kepala sempat meminta bantuan penduduk kampung selepas berjalan hampir tiga jam dari kawasan hutan terbabit.
"Mayat dua beradik itu dihantar ke Hospital Sipitang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
sumber
0 Response to "Lelaki Cemas Tertembak Mati Adik Nekad Bunuh Diri"
Post a Comment