Hot !

VIDEO: Wanita Jerman Hulur Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

Kagum sungguh kami dengan wanita warga Jerman yang menetap di Jaya Gading, Kuantan ini.
Biarpun bukan tanah tumpah darahnya, tetapi dia tidak ‘lokek’ untuk berkongsi sumbangannya kepada penduduk tempatan yang menjadi mangsa banjir.
Kehadiran wanita ini di pusat sumbangan di Taman Kerang, Kuantan nyata menarik perhatian orang ramai.
Menariknya, dia juga fasih berbahasa Melayu, mungkin kerana sudah lama menetap di Malaysia.

Ha, kalau orang Jerman pun sanggup menderma, harap-harapnya ‘keyboard warriors’ yang sah-sah orang Malaysia tu jangan lupa menderma juga ya!
Ini duk sibuk memburukan kerajaan tapi satu sen duit sendiri tak nak keluar untuk bantu.
Tak banyak, sikit pun jadilah. Tak gitu?

via - MYNEWSHUB.CC

0 Response to "VIDEO: Wanita Jerman Hulur Sumbangan Kepada Mangsa Banjir"

Post a Comment