KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli dinasihat
'menunggu' masa mereka untuk memerintah negara dan mengumumkan harga minyak
mengikut kemahuan sendiri.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, seandainya belum memerintah, semua
harus maklum kerajaan sedia ada mempunyai mekanisme sendiri untuk menentukan
harga minyak di pasaran.
"Biarlah Rafizi begitu, kita buat perkiraan kita
dan dia ada perkiraannya sendiri. Itu hak dia untuk umumkan harga minyak
versinya.
"Dia boleh kalau hendak umum harga minyak tetapi tunggu masa
dia memerintah negara. Kita umum harga baru minyak ini selepas buat pelbagai
kajian dan perbincangan melalui kementerian dan pelbagai pihak, rakyat juga
nampaknya terima dengan baik harga baru ini," katanya ketika dihubungi di sini
hari ini.
Hasan mengulas kenyataan Rafizi yang menggesa kerajaan
menurunkan lagi harga minyak ke paras RM1.91 seliter untuk RON95 selain RM1.64
untuk seliter diesel.
Kerajaan pada Rabu mengumumkan rarga runcit bagi
RON95 ditetapkan pada RM1.91 seliter, RON97 pada RM2.11 seliter manakala diesel
berharga RM1.93 seliter berkuatkuasa 1 Januari 2015.
Dalam pada itu kata
Hasan, Pakatan Rakyat (PR) turut dilihat tidak menganjurkan sebarang demonstrasi
dan 'membisu' selepas penurunan harga minyak yang diumum kerajaan.
"PKR
mengancam untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran sekiranya kerajaan masih
enggan menurunkan harga bahan api menjelang 1 Disember namun kita sudah
turunkan, jadi mereka kini membisu," jelasnya.
Rafizi sebelum ini
memaklumkan mahu mengadakan di Dataran Merdeka pada malam tahun baru seandainya
harga petrol RON95, RON97 dan diesel masih tidak diturunkan.
Sementara
itu dalam perkembangan berkaitan, Hasan merayu peniaga untuk menurunkan harga
barangan rentetan penurunan harga minyak hari ini.
"Semasa minyak naik
harga, peniaga bising dan naikkan harga makanan serta barangan. Sekarang harga
minyak sudah turun, jadi turunkan semula harga barangan jualan.
"Bukan tidak boleh untung tetapi jangan berlebihan, jangan ambil kesempatan
dan ikhlas dalam berniaga. Tolonglah sama-sama membantu dalam isu ini,"
jelasnya.
Dalam perkembangan berasingan, Hasan turut menjelaskan pelbagai
aduan palsu yang diterima melalui sistem WhatsApp mengenai kenaikan melampau
harga makanan di daerah yang terjejas dengan banjir.
Tegasnya, orang
ramai perlu mengemukakan bukti kenaikan harga barang berlaku dan tidak hanya
'bising' di dalam sistem WhatsApp sahaja.
"Kalau betul, buat aduan ke 03
8888 2625/6088. Setakat ini tiada aduan yang dilapor oleh orang ramai kepada
pegawai yang bertugas.
"Inilah susahnya jika banyak yang mahu menjadi
penyampai di dalam WhatsApp tanpa mengesahkan isu, akhirnya dia menyusahkan
semua orang," ujarnya.
Dalam pada itu kata Hasan, dia akan 'turun'
sendiri ke beberapa pasar di Kelantan dan kawasan terjejas banjir pada Jumaat
dan membuat pemeriksaan mengenai harga barangan.
"Saya akan tengok
sendiri, pasar mana saya akan pergi...tunggu sahaja harinya esok dan pemeriksaan
akan dibuat di beberapa lokasi secara rambang," katanya.
Sumber
0 Response to "Rafizi Hendak Minyak RM1.61 Seliter? Tunggulah Masa Kamu Perintah Negara - Hasan Malek"
Post a Comment