Hot !

Kucing Dilantik Pengurus Stesen Keretapi

type='html'>







TAMA sudah berkhidmat sebagai pengurus di stesen kereta api Kishi sejak tahun 2007.





SEBUAH gerabak kereta api bertemakan karakter Tama menarik minat pelancong tempatan dan luar negara.

SEBAGAI pengurus stesen kereta api Kishi di bandar Kinokawa, Jepun, Tama sepatutnya memantau operasi harian agar berjalan lancar tetapi sayangnya, ia lebih gemar tidur, bermain dan makan.

Manakan tidak, Tama hanya seekor kucing betina yang dipertanggungjawabkan untuk menggalas tugas berat itu.

Lengkap mengenakan topi dan pakaian seragam berbentuk kot daripada warna biru gelap, Tama ?bekerja? dari pejabatnya iaitu sebuah mesin tiket yang telah diubah suai khusus buatnya.

Biarpun tidak mempunyai apa-apa ilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan dan pengendalian kereta api, Tama dianggap sebagai pekerja yang paling ba*nyak berjasa.

Buktinya, kehadiran kucing yang kini sudah menjangkau usia 15 tahun itu berjaya membantu pihak syarikat Stesen Kereta Api Elektrik Wakayama daripada bankrap.

Menurut penjaga kucing itu, Nishiyama, syarikat pengendali kereta api tersebut mengalami masalah kewangan yang teruk sekitar tahun 2006.

Katanya, bagi menjimatkan kos operasi, pihak syarikat telah menghapuskan beberapa jawatan termasuk pengurus stesen dan membiarkan ia beroperasi tanpa pengawasan.

Lebih memburukkan keadaan, beberapa buah stesen di bawah kendalian syarikat itu hampir ditutup apabila masalah tersebut kian meruncing.

Bagaimanapun, kehadiran Tama berjaya menyelamatkan keadaan dan tanpa disangka-sangka, operasi stesen mulai pulih seperti sediakala, katanya seperti dipetik portal Mail Online.

Cerita Nishiyama, semuanya bermula apabila pihak syarikat terpanggil untuk menjadikan Tama sebagai ikon di stesen itu selepas melihat kecomelannya.

Di sebelah stesen Kishi, terdapat sebuah kedai runcit milik Toshiko Kayama. Lelaki itu gemar memberi makan kepada kucing jalanan termasuk Tama.

Jika dibandingkan dengan kucing lain, Tama memiliki keistimewaan sendiri kerana struktur tubuhnya kelihatan seperti bentuk hati apabila ia duduk dalam posisi tertentu, katanya.

Kata Nishiyama, Tama secara rasmi dilantik sebagai penyambut tetamu di stesen Kishi dan memulakan tugas sulungnya itu pada awal tahun 2007.

Stesen ini mula meraih sam*bu*tan sedikit demi sedikit dan lama kelamaan, ia menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara yang datang semata-mata untuk melihat sendiri kecomelan Tama, ujarnya.

Tambah Nishiyama, syarikat yang dahulunya rugi hampir AS$4.7 juta (RM16.9 juta) setahun kini mampu menjana keuntungan sehingga AS$10.4 juta (RM37.4 juta) menerusi kehadiran Tama sebagai ikon di stesen itu.

Ia kemudiannya dilantik sebagai pengurus stesen pada tahun 2008 dan diberi dua ekor pembantu iaitu Chibi dan Miko. Tama dinaikkan pangkat sekali lagi sebagai pegawai operasi stesen pada tahun 2010 sebagai pengiktirafan kepada kejayaannya memulihkan pendapatan syarikat, katanya.

Menariknya, pihak syarikat juga membina sebuah gerabak khas bertemakan kucing baka Calico itu pada tahun 2009.

Gerabak yang diberi nama Tama Densha yang bermaksud kereta api Tama itu turut dilengkapi perpustakaan mini dan kafe dengan hiasan dekorasi menarik seperti kerusi berbentuk kucing.

Selain itu, bangunan stesen kereta api Kishi turut diubah suai dengan bumbungnya menyerupai kepala kucing.

Di stesen unik tersebut, pelbagai aksesori dan barangan cenderamata seperti buku nota, pen, baju-T, mug, topi serta rantai kunci berasaskan karakter kucing itu boleh didapati dengan mudah.

Tama menerima gaji bulanan menerusi bentuk makanan ku*cing berjenama mewah. Ia juga memiliki gaya hidup seakan-akan selebriti kerana sering muncul dalam rancangan televisyen, kata Nishiyama yang bertanggunjawab menguruskan jadual kerja, memberi makan dan mengendalikan pelancong yang datang melawat kucing unik itu.

Kini, selepas lebih lapan tahun diberi kepercayaan menerajui stesen kereta api itu, Tama bakal menamatkan kariernya bila-bila masa sahaja kerana faktor usia yang semakin tua.

Kami sudah melantik seekor kucing lain yang diberi nama Nitama untuk menggantikan Tama jika ia sudah tiada kelak, kata*nya.


sumber: kosmo.com.my

0 Response to "Kucing Dilantik Pengurus Stesen Keretapi"

Post a Comment