Hot !

KTM Komuter 24 Jam Sempena Thaipusam






KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan perkhidmatan Tren Tanpa Henti selama 24 jam bermula Sabtu ini sempena perayaan Thaipusam.

Pengurus Besar Bahagian Operasi KTMB, S Mahendran, berkata perkhidmatan yang terlibat adalah KTM Komuter dan tren elektrik (ETS).

"Perkhidmatan itu disediakan bagi memberi kemudahan pengangkutan kepada orang ramai khasnya penganut agama Hindu serta pelancong yang ingin berkunjung ke Batu Caves," katanya pada sidang akhbar di Stesen KTM Komuter Batu Caves di sini hari ini.

Perkhidmatan KTM Komuter bermula Sabtu ini hingga 4 Februari itu melibatkan laluan Batu Caves-Pelabuhan Klang-Batu Caves dan Rawang-Sungai Gadut-Rawang yang dilanjutkan perkhidmatannya dari 12 tengah malam hingga 5.30 pagi.

Perkhidmatan ETS (Gold) pula yang bermula Sabtu ini hingga 3 Februari melibatkan empat perjalanan sehari bagi sektor Ipoh-Batu Caves (4.30 petang dan 11 malam) dan Batu Caves-Ipoh (7.30 malam dan 2 pagi).

"Seramai 500 kakitangan dijadualkan bertugas sepanjang tempoh itu untuk memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang," kata Mahendran.

Beliau berkata, orang ramai dinasihat menggunakan tren untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan masa dan belanja serta mempraktikkan kaedah 'Park n Ride'.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 1300 88 5862 atau Twitter @ktmkomuter. - BERNAMA

0 Response to "KTM Komuter 24 Jam Sempena Thaipusam"

Post a Comment