Hot !

Gunting rambut percuma





Antara pelajar yang menunggu giliran menggunting rambut di sebuah kedai gunting rambut terpilih di Senawang.


SEREMBAN - Bagi membantu meringankan beban ibu bapa membuat persediaan anak ke sekolah tidak lama lagi, Pas menganjurkan program gunting rambut percuma di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi.

Program anjuran bersama Dewan Pemuda Pas Rembau dan Dewan Muslimat Pas Rembau itu melibatkan 150 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan di Dun berkenaan.

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, dengan cara itu dapat memastikan pelajar berada dalam keadaan kemas apabila masuk sesi persekolahan nanti.

Program ini merupakan kesinambungan daripada program Kembali Ke Sekolah yang kita buat sebelum ini iaitu penyampaian barangan persekolahan kepada anak-anak daripada keluarga terpilih yang kurang berkemampuan.

Program gunting rambut ini adalah fasa yang kedua daripada program itu dan seramai 150 orang pelajar menerima kupon membolehkan mereka pergi menggunting rambut di lokasi terpilih berhampiran," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, tiga lokasi ditetapkan iaitu di Senawang, Paroi dan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Hikmah Taman Tuanku Jaafar.

Kos menggunting rambut seorang pelajar saja sekitar RM6 atau RM7 dan dengan sumbangan sedikit ini ia dapat membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan, terutama mereka yang mempunyai ramai anak,? katanya.

0 Response to "Gunting rambut percuma"

Post a Comment