Hot !

EIRA SYAZIRA Jelaskan Statusnya Di Rania Marketing - 1,000 Pelabur Lebur.



Lama betul tak dengar berita mengenai pelakon, Eira Syazira dan suaminya Azad Jazmin kan? Tup-tup sekarang dapat tahu perniagaan yang diusahakan oleh Eira mengalami masalah.



Hari ini, melalui laporan Utusan Online, Eira khabarnya bakal mengadakan sidang media tergempar bagi menjelaskan kedudukan mereka dalam Rania Marketing.



EIRA SYAZIRA TAK ADA KENA MENGENA DENGAN RANIA MARKETING LAGI...



Menurut Eira, dia dan suaminya kini sudah tidak ada kena mngena dengan syarikat Rania Marketing lagi. Selepas ini, sebuah sidang media akan diadakan bagi menjelaskan segalanya.






"Buat masa ini kami tidak boleh berkongsi apa lagi dengan pihak media, tetapi dalam waktu terdekat ini kami akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan kedudukan sebenar."


PELABUR JADI MANGSA PENIPUAN..


Rupa-rupanya, dah ramai yang tertipu dan merungut kerana tak dapat pulangan dan hasil pelaburan mereka.



"Hampir 1,000 orang di bawah saya yang terjejas kerana langsung tidak mendapat pulangan daripada pelaburan yang mereka buat.



Jadi sebagai orang yang bertanggungjawab memperkenalkan perniagaan ini kami mahu perjuangkan hak mereka".



RANIA MARKETING ADALAH MILIK BEKAS MERTUA JIMMY SHANLEY



Kalau korang nak tahu, syarikat Rania Marketing ini rupa-rupanya milik bekas ibu mertua Jimmy Shanley iaitu Datin Muniroh.




Sumber: ohbulan

0 Response to "EIRA SYAZIRA Jelaskan Statusnya Di Rania Marketing - 1,000 Pelabur Lebur."

Post a Comment