Hot !

2 Anggota Polis Maut Bertembung Sesama Sendiri






Pekan: Dua anggota polis terbunuh selepas mereka bertembung sesama sendiri di Kilometer 6 Jalan Kuantan-Pekan, dekat sini, petang ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 petang itu, mangsa Koperal Helmee Akhsan Yahya, 29, yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pekan (HP).

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Yahaya Othman berkata, mangsa kedua, Koperal Amran Abdullah, 48, yang bertugas di Cawangan Tugas Am IPD Pekan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital sama kira-kira 4 petang ini.

"Sebelum kejadian, Helmee yang dalam perjalanan untuk bertugas di Ubai dari IPD Pekan merempuh Amran yang sedang melintas jalan," katanya.



sumber: hmetro.com.my

0 Response to "2 Anggota Polis Maut Bertembung Sesama Sendiri"

Post a Comment