Hot !

Calon UPSR Tangan Tanpa Siku







Seremban - Sentiasa belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya, itu pesan ibu yang menaikkan semangat untuk cemerlang dalam periksaan, terutama Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) nanti, kata murid tahun enam yang juga orang kurang upaya (OKU), Muhammad Asyraf Mohd Fadzil.

Anak pasangan Mohd Fadzil Shadan, 42, dan Yati Ani, 41, itu dilahirkan tanpa kedua-dua siku dengan tangan kiri dan kanan masing-masing mempunyai dua dan satu jari.

Saya menulis, memegang peralatan atau barangan menggunakan tangan kiri. Walaupun sukar, namun bersyukur kerana masih mempunyai jari.

Saya memerlukan beberapa saat bagi memegang sesuatu kerana perlu menstabilkan pegangan berbanding mereka yang normal, namun saya akan mempraktikan supaya dapat mempercepatkan penulisan agar dapat mengikut masa ditetapkan ketika UPSR nanti, katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Labu Batu 10, di sini, semalam.

Muhammad Asyraf, 12, berkata, sebagai anak sulung daripada tiga beradik dia akan berusaha sebaik mungkin untuk memperoleh 5A dalam UPSR nanti.

Saya akan berusaha hingga berjaya supaya menjadi contoh kepada adik. Saya bersyukur kerana sepanjang saya bersekolah di sini tiada rakan yang mengejek atau menyindir saya, malah mereka bersemangat membantu dalam apa sahaja masalah yang saya hadapi, katanya yang bercita-cita menjadi usahawan.

Guru Besar Isahak Manap berkata, sekolah itu menerima kemasukan Muhammad Asyraf pada 2013.

Dia (Asyraf) pandai dalam akademik dan aktif kokurikulum seperti lompat tinggi, bola sepak dan larian 100 meter.

Kehadirannya membanggakan pihak sekolah dan semangatnya yang tinggi menjadi contoh kepada pelajar yang normal, katanya.

Lihatlah dia yang memiliki kekurangan fizikal tapi mempunyai jati diri dan semangat yang kuat dan wajar dicontohi, katanya.



sumber: hmetro.com.my

0 Response to "Calon UPSR Tangan Tanpa Siku"

Post a Comment