Hot !

Bundle Percuma Buat Mangsa Banjir Di Kelantan




JOHOR BAHRU - Pilihan baju ala di kedai bundle (pakaian terpakai) ditawarkan buat mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan.

Pengurus Operasi Pasaraya Econsave negeri, Mas Imran Adam berkata pasaraya besar itu akan menawarkan 10 tan pakaian terpakai yang dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai.



Mas Imran (kanan) membantu pekerja Econsave menyusun barangan bantuan yang akan dihantar ke Kuala Krai



Kita akan membawa 10 tan pakaian terpakai dan dua tan makanan untuk disumbangkan kepada mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan dari 22 hingga 25 Januari ini.

Menariknya, kita akan gantung pakaian ini (tidak dilonggokkan) seperti di kedai untuk dipilih, katanya kepada Sinar Harian.

Program yang mendapat kerjasama Putra Bikers, Senai membawa bersama 50 sukarelawan.

Mas Imran berkata, misi bantuan banjir itu juga turut membawa selimut dan tuala untuk kegunaan mangsa selepas musnah dalam banjir yang melanda.

Katanya, rombongan berkenaan akan bergerak ke lokasi terlibat malam ini.

0 Response to "Bundle Percuma Buat Mangsa Banjir Di Kelantan"

Post a Comment