JABATAN
Imigresen Malaysia bukan sahaja membatalkan pasport antarabangsa
blogger SEKS Alvin Tan sebaliknya turut menarik kembali pasport milik aktivis
pembangkang yang telah melarikan diri ke Sweden, Ali Abd Jalil.
Memetik
artikel disiarkan portal Rakyat Post, Jabatan Imigresen akan menghantar satu
surat rasmi kepada Alvin dan Ali sebagai makluman berhubung penarikan balik
pasport antarabangsa milik mereka yang akan dikeluarkan jabatan itu esok.
Ketua
Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, perkara itu akan diwartakan menerusi
akhbar-akhbar tempatan sebagai pemberitahuan umum berhubung langkah yang
dilakukan.
Selain
itu, satu Sijil Perakuan Cemas (EC) turut dikeluarkan kepada Alvin dan Ali
melalui Pejabat Perwakilan Malaysia bagi membolehkan kedua-dua mereka pulang ke
Malaysia.
“Dengan
penarikan semula pasport antarabangsa berkenaan mereka berdua boleh dianggap
sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara tempat mereka berada
sekarang ini,” katanya.
Menurutnya
lagi, kedua-dua individu ini disifatkan sebagai sudah tidak boleh ‘ditoleransi’
lagi kerana menghina sistem kehakiman dan raja-raja Melayu.
0 Response to "Pasport Ditarik Balik. Alvin Dan Ali Terpaksa Pulang"
Post a Comment